Saturday, December 26, 2009

CINTA SEJATI

CINTA SEJATI
Suami saya adalah seorang jurutera, saya
mencintai
sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat
yang
muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun
dalam masa
pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah,
alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu
yang
menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza
dari
yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya,
bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di
depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,
padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki
yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya
harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran
Siti?" Saya merenung > matanya dalam-dalam
dan
menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti
menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua
tahu
jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang
Abang akan lakukan untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang
akan
memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar
responnya
itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan
saya
menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas
yang
berisi susu hangat yang
bertuliskan...



'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga
itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah
pertama
itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu
mengusik
program didalamnya dan
akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki
program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh
menendang pintu,
dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman
baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan
Abang untuk
memicit dan mengurut
kaki Siti yang sengal itu
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu
yang
dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku
dan itu
tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata
Abang
agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan
kukumu
dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing
menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya
wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga
itu untuk mati. Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir
menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh
mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan
menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan
Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan
tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan
Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap
inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang
sekarang sedang berdiri
di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika
Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan
barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah,
bahagia Abang bila Siti
bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang
terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya
berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu
dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita
merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita
inginkan, maka cinta itu
telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah
kita
bayangkan sebelum ini

Tuesday, December 22, 2009

TRIP 2 HATYAI:)

TRIP 2 HATYAI........21-22.12.2009 aku dan staf SMKDLP yang lain bercuti ke hatyai...ni pertama kali aku ke hatyai...best sgt dpt restkan kepala ni sekejap dari persekitaran kerja..heeee untuk kawan2 yang nak tgk pic aku sila tgk kt facebook k:) cik.fariza@gmail.com

Thursday, December 3, 2009

aku kembali....

dan sebenarnya telah lama aku menyepi dari blog neh...bukan aku merajuk atau apa...cuma aku terlalu bz dgn kerja aku sejak akhir2 neh...dan now dah nak masuk 2 minggu aku bercuti(cuti sekolah)tapi nextweek aku kena kembali bertugas di sekolah bersama rakan2 yang lain....aku sgt rindu untuk menulis...dan pagi ini aku menitipkan sedikit apa yang berlaku dalam hidup aku...aku baru blk dari pahang semalam coz menghadiri kenduri kawen anak sedara aku..5hari di sana n pagi tadi pagi2 lg dah g bayar keta,pg agensi, n mlm tadi bawa anak2 buah aku g giant jap mkn kfc n jumpa en flip..huhu...n blk umah..penat sgt2..so sambung esok:)

Friday, October 16, 2009

BALIK KAMPUNG..


ni xtvt aku esok :

1.pg2 nak vacum keta

2.nak try keta baru amik atdi...heheee PGF6886

JAZZ MERAH

3.nak p kenduri tunang kawan aku kt sidam kanan

4.oyeh aku nak blk kg jumpa my parent..rindu bangat neh..muahhhh mama n baba

tunggu tau adik balik.

5.i'll miss sumone here...huhuhuhu

yezerrrrr ni dulu tuk malam neh n t aku uplod pic JAZZ PGF6886 baru aku

Tuesday, October 13, 2009

ADA HIKMAHNYA....ALLAH MAHA BESAR...







mlm ni aku teringat satu pengalaman yang pahit dalm hidup aku....kejadian ni berlaku pada hari yang sama aku kena ambik keta baru aku...PJH263.Haritu umat Islam baru berpuasa 6 hari...kiranya 6 ramadhan 1430H lah...pada hari kejadian...aku rasakan kalut sgt...bahasa kedah lah kan.haritu kalau blh semua benda nak setelkan...keta aku tu aku beli di alor setar..so kiranya pas amik keta nak trs blk kuala nerang lah kg aku...pg2 pas tsyen aku p bank...masa nak p bank tu abg aku ckp tak payah p la adik, nanti kita amik duit kt kg ja...tapi aku nak p jugak..kt kulim lak tu..jauh gak lah.


pastu kul 2ptg baru sampai umah coz pg2 aku tsyen smpai kul 11pg...bila sampai aku tgk abg aku tgh bersihkan kolam ikan,kakak aku lak dok bersihkan rumput yang abg aku mesin pg2 tadi tu....emmm time tu lak hujan turun renyai2.pastu abg aku ckp ok kita akan bertolak pada kul3.30ptg coz janji nak amik keta kul 5ptg d a.setar..aku tgk jam dah hampir 2.30 ptg...alamak...cepat2 aku kemas beg n mandi n solat....pastu kul 3.30 ptg ja kami pun bertolak lah...tutup jer pagar n naik keta abg aku tya anak dia yang sulung...along mana kunci keta kenari?anak sedara aku cakap bg kt maksu(aku)tapi dia tak bg pun...cari2 tak jumpa so patah blk ke rumah kami...pastu cari2...rupa2nya ada dalam poket keta sebelah tempat aku duduk...masyaallah...aku dah mula rasa tak sedap hati...rapi takperlah...baca doa naik kenderaan n kami pun ikut ekor kucing n naik highway sg petani selatan...masa tu hujan dah mula lebat...masuk tol..touch n go jer...pastu aku nampak keta viva xcdent...terdetik kt hati.."oh keta tu xcdent......"



tak sampai 2minit aku ckp camtu tiba2 keta kami berpusing2 di atas jln...subhanallah..allahuakhbar....kenapa ni..aku peluk anak sedara aku yang kecik tu kuat2 coz dia tidur atas riba aku...masa tu aku dgr abg n kakak aku jerit ALLAH....ALLAH...ALLAH



ya ALLAH...selamatkanlah keluarga aku...aku jadi panik smapai tak blh ckp apa2..kami berpusing2 atas jalan hampir 2minit..pastu gedegang!kami jatuh dalam longkang...ya ALLAH... pastu keta berhenti tapi enjin tak mati...kerana aku msh mendengar bunyi radio..dan ketika itu aku sedar aku masih hidup...ALHAMDULILLAH...keluarga aku selamat...kami segera keluar dari kereta...dan pabila keluar aku dgr azan asar berkumandang dari surau taman jati...sg petani...SYUKUR YA ALLAH..keluarga aku selamat...hanya DIA yang tahu apa perasaaan kami ketika itu...mungkin ini semua ujian ataupun balasan..hanya ALLAH yang tahu hikmah setiap kejadian..apapun aku bersyukur kerana kami semua selamat..ya ALLAH ampunkan dosa2 kami...samaada kami lakukan secara sengaja taupun tidak...ALLAH nak bg keta baru kt aku...tapi ALLAH tak bg dgn senang...BILA HATI BERBICARA...aku jumpa jawapannya kepada apa yang berlaku kepada kami sekeluarga...lindungi kami YA ALLAH....AMIN.so keta aku di ambik keesokkan harinya...

Friday, October 9, 2009

AYAT-AYAT CINTA :)


♥ENGLISH ; i love you

♥POLISH ; ja kocham cibie

♥FRENCH ; je t'aime

♥HINDI ; hum tumhe pyar karte hae

♥CZECH ; miluji te

♥SLOVAKIAN ; lu'bim ta

♥ITALIAN ; ti amo

♥UKRAINIAN ; ya tebe kahayu

♥GERMAN ; ish libe dish

♥CHINESE ; wo ai ni

♥GREEK ; s' agapo

♥HAWAIAN ; aloha wau ia oi

♥LITHUIANIAN ; tav myliu

♥KOREAN ; sa rang hae

♥JAPENESE ; aishiteru

♥ROMANIAN ; te ubsec

♥BOSNIAN ; volim te

♥ALBANIAN ; te dua

♥FILIPINO ; mahal kita

♥SPANISH ; te amo

♥PORTUGESE ; amo te

♥ARABIAN ; annah be hebic

Wednesday, October 7, 2009

BILA HATI BERBICARA...MUTIARA KATA UNTUK RENUNGAN....


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. "
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Tuesday, October 6, 2009

aku hanya merancang...ALLAH maha mengetahui


entahlah....bagaimana untuk aku coretkan apa yang aku lalui kini....hati dan perasaan sayang yang hadir dalm hati aku untuk dia....sejak kebelakangan ini hati aku sering terganggu oleh kenangan2 silam aku dgn dia...ya ALLAH dia bukan milikku,bawalah dia pergi jauh dari hidup aku untuk selamanya...ya ALLAH AKU MENGHARAPKAN SINAR BAHAGIA DARIMU....

aku melepaskan dia pergi..tapi adakah aku redha?dgn apa yang aku lakukan ini..aku msh tercari2 di manakah kesilapan aku?di manakah kekurangan aku?....atau adakah aku terlalu sempurna untuk bersama dia?atau adakah yang lebih baik dari dia untuk sama2 dgn aku mencari reda ILAHI...aku menyusuri jln2 di bumiMU TUHAN...aku mencari cintaMU,aku mencari kasih sygMU....aku berjalan keseorangan kini..tanpa teman@kawan lagi yang boleh aku saingi....ya ALLAH...jadikan aku redha dgn setiap kejadianMU...

GOOD LUCK


GOOD LUCK FOR MY STUDENT SMKDLP:)
CHAYOK!
FOR MY NEPHEW
CHAYOK!
AMIRUL 'AFIF BIN MOHAMAD TAUFIK MY LUVLY NEPHEW



im ur acu want to wish u luck 4 PMR tomorrow..

ini anak buah aku yang aku jaga sejak dari dia kecik lg,sgt akrab dgn aku n aku sgt sygkan dia.pejam celik2 dia dah msuk 15tahun tahun neh dan akan menduduki peperiksaan PMR bermula esok,maksu harap along tak akan menghampakan harapan MAMA,ABAH,TOK,TOKWAN,ADIK2 ALONG,MAKSU & FAMILY. kami semua mendoakan yang terbaik buat along,yang penting sekarang along berdoa dan bertawakal ok.semoga ALLAH merahmati along ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan esok pagi..amin...

p/s :kawan2 tlg doakan untuk anak buah aku n utk semua pelajar2 aku k:)

Monday, October 5, 2009

FRIENDSHIP

WIF MY BESTFRENZ HERRY:)


SYAABAN MONTH EXTRA,

RAMADHAN MONTH ARRIVE,

LOVE...LOVE...LOVE...

BRAID START


ADAM AND HAWA,

LOVE BRAID,

QUITE LONG BUT TOUCHING,

QUEST RATE


THREE THINGS,

FRIENDS,

ADOLESCENT,

AND REFORMATION


BACK ORIFICE,

FREESERVERS,

COUPLE,

REALLY TRUE.

BEST FRIEND!

JATUH CINTA SATU KESILAPAN?


jatuh cinta satu kesilapan?

limaza...bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa

bukankah ia datang tanpa dipinta

hadir tanpa diduga


cinta bukan satu kesilapan...

tapi tempat menguji ketaqwaan

cintakah kita pada yang ESA atau

melangit pada yang tak kekal

samaada kita hamba pada cinta atau pencipta


cinta bukan satu kesilapan...

ia perasaan nan suci

kita yang menzahirkan

kenapa cinta dipersalahkan

tatkala ia dinodai

bukan salah cinta itu...tapi diri

sebab tak dibina dengan ISLAM

tak dihalusi dengan keimanan

tidak dibajai dengan ketaqwaan


cinta bukan satu kesilapan...

tapi tapak penyubur iman

kerana..."tak sempurna iman seseorang

jika ia tidak mengasihi saudaranya

sepertimana ia mengasihi dirinya"


cinta bukan satu kesilapan...

bukankah ALLAH maha pengasih dan penyayang

cinta itu luas maknanya

cinta ibu membawa ke syurga

cinta keluarga memberi bahagia

cinta pada kerajinan peroleh kejayaan

cinta pada buku dicurahkan ilmu

cinta pada sahabat mendapat berkat

cinta pada ibadah mendatangkan rahmat ALLAH

cinta pada ALLAH kebahagiaan yang hakiki


tapi...memang cinta satu kesilapan...

jika ia menjauhkan diri pada Pencipta

jika ia membina jurang dari yang ESA

jika ia mengalpakan diri

lantas mengangkat darjat kemaksiatan

jika ia memadam cahaya ILAHI

jika ia mengundang kemungkaran KHALID-NYA

jika ia menjadikan kita hambanya

maka seharusnya cinta itu kau jauhi

DAN MEMANG IA MERUPAKAN SATU KESILAPAN!



p/s : bait-bait indah ini aku dedikasikan khas untuk dia yang mula mendapat tempat dihatiku,semoga cinta aku pada dia bukan satu kesilapan tapi anugerah terindah yang ALLAH berikan padaku untuk sama-sama mencari rahmat dari yang ESA......


Saturday, October 3, 2009

MY NIECE AINAA SAFRINA IN RED KEBAYA:)

alalala tomey sgt anak buah acu neh:)



pic anak buah aku yang bergaya semasa nak p jamuan raya...she's so cute..that's da nice pose from her k:) enjoy ya...




Friday, October 2, 2009

MY NEW LIFE...PJH 263

AINAA SAFRIENA WIF ACU CAR

MY PJH 263

MY NEW LIFE...PJH 263......
actually dah lama aku nak citer pasal keta baru aku neh...emmmm..keta neh dibeli secara tidak sengaja..kikiki...kebetulan haritu mase kakak n abg ipar aku pg bayar roadtax keta dorang KBF272,aku ikut skali...hari tu tarikh cantik sgt 07.08.09 akan aku ingat sampai bila2...masa sampai jer kt kdai aku pun belek2 lah keta2 yang ada kt situ...n apalagi ofcoz aku dah mula jatuh hati nak beli keta...almaklumlah selama neh asyik menumpang KBF272 jer..hehe..tilik punya tilik last2 aku beli gak keta haritu n inilah wajah keta kesyangan aku..alhamdulillah aku bersyukur sgt2 kerana pada usia aku yang baru 24 tahun aku dah boleh beli keta sendiri dengan hasil titik peluh aku selama bekerja 3tahun neh...best sgt2 walaupun keta kecik tapi keta neh aku yang punya...n aku bekerja keras untuk dapatkan sebiji keta dalam hidup aku.N PJH263 tu semperna bezday aku 26.03.1985, tarikh aku dilahirkan,so akan aku jaga dengan baik.insyaallah...tapi sebelum keta ni diambik ada kejadian yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku...n akan aku citerkan pada hari laen kerana aku dah ngantuk sgt2 neh...huhu...:)


KASIH SAYANG ALLAH PADA KITA...


Kita sering mahukan hari yang
CERAH,
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikatnya HUJAN perlu diturunkan,

kita sering inginkan
KESERONOKKAN...
jauh sekali KESUSAHAN,
tetapi Allah lebih mengetahui...
KESUSAHAN itulah yang mengajar
KEHIDUPAN....

kita sering menginginkan
KETENANGAN,
hakikatnya diri ini penuh dengan
DOSA DAN KEJAHATAN...
tetapi manusia tidak dapat lari dari
KESILAPAN...

semua ini bukanlah suatu
hukuman,
tetapi KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih
BERIMAN....

Wednesday, September 30, 2009

AL- FATIHAH

AL-FATIHAH untuk mama nasrum...11.48am aku terima satu sms ''slm mama nas dah meninggal td.sedekahkan alfatihah."....terkedu aku seketika..innalillah..takziah untuk nasrum n family atas pemergian mama tercinta.al fatihah....

Tuesday, September 29, 2009

sekalung ucapan terima kasih..:)


TERIMA KASIH aku titipkan pada seorang teman yang memberi idea untuk aku siapkan blog "BILA HATI BERBICARA" seorang teman yang baik...tapi yang peliknya aku sgt2 bencikan dia satu masa dahulu....tapi hati manusia boleh berubah kan...tetiba jer kami berbaik,,,dia yang byk membantu aku mengenali dunia IT. dari dia aku belajar apa itu blog,apa itu website,jenis virus..best gak bila ada blog sendiri....atleast aku leh share sumting interesting dlm blog neh.bila dah ada blog neh,hari2 aku nak tgk,nak update sampai kdg2 mkn pun lupa...huhuhu kiranya tgh gile blog lah sekarang neh..hoho.thanks juga utk sis zamarita..sis yang selalu bagi semangat pada aku,selalu bg komen2 positif pasal aku n ehem2 mr x..hahaaaa....n kenalkan aku blog "bila pena menari"blog yang sis kenalkan itu sgt best kata2nya...n last thanks to all my frenz ya...luv u all so much:)

Monday, September 28, 2009

IZINKAN KU BAHAGIA......

aku ingin mencoretkan apa yang aku rasa tatkala ini...sepi...sedih...luka yang teramat mendalam....termenung ku sendirian...tiba2 hati dipanjat rasa pilu.....hati...kenapa mesti aku jatuh cinta lagi setelah hati ini dilukai bertahun yang lalu.....namun setelah hati ini mula mengayam bahagia...mula membina impian...mula mengatur langkah kehidupan yang lebih jauh bersama dia...tiba2 dia pergi meninggalkan aku....terkesima aku sendirian....malam2 yang sepi ini membuatkan aku kembali mengingati memori bersama dia...walau seketika,namamu telah aku pahatkan diruang paling dalam dalam hatiku....ke mana harus ku bawa lara hati ini...pada siapa harus aku ceritakan kisah ini...pada siapakah harus aku sandarkan kegelisahan...kekecewaan dalam hati ini...oh TUHANKU....aku merindui dia keranaMU.aku mencintai dia keranaMu...kerana Engkau yang membukakan hati aku kembali setelah sekian lama aku menutupinya....demi sebuah persahabatan...demi sebuah kebahagian... akau rela melepaskan dia pergi.........percayalah.....aku telah redha melepaskanmu...pergilah...carilah dia yang engkau cintai....semoga engkau berbahagia....jika engkau bahagia...aku juga bahagia disini....insyaalllah....

Sunday, September 27, 2009

BILA HATI BERBICARA......WAHAI WANITA.......









wahai wanita…..

WaHai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu k erana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.andai belum sampai jodohmu anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu………….aku juga mengharapkan seseorang yang boleh menerima segala kekurangan dan kelemahan diriku.......aku berharap agar aku ditemukan dengan seseorang yang boleh menjaga aku...sayangi aku,menerima aku seadanya...insyaALLAH

BAKAL PENGANTIN.....:)









DESIGN BY TINA & TINI

insyaallah pada 29 november 2009 nti mak n ayah aku bakal dapat seorang lagi cucu menantu...heheee n aku pula akan dapat anak sedara ipar lah..coz anak abang aku akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya pada 29 nov 2009..alhamdulillah. tapi yang tak bestnya nanti semua orang asyik tya soalan cepu cemas lah kt aku...heheeee '' BILA MAK USU NAK KAWEN?'' aduh pening gak nak jawab soalan camtu..heheee tapi aku dah biasa dah...lagipun aku masih terlalu muda...still young ktekan...baru 24thn...skrg rasanya aku lebih fokuskan pada kerjaya aku...bukan tak penah fikirkan soalan2 itu tapi hati ini masih terluka...jadi biarlah aku sembuhkan dengan pengubat2 hati dahulu...mungkin ALLAH akan temukan aku dengan seseorang yang lebih baik dari yang sebelum ini,yang lebih istimewa,yang boleh membimbing aku ke jalan yang ALLAH redhai..itu yang paling utama...insyaallah.....

HAPPY BEZDAY MY LUVLY SIS YATIE ('',)




tahun ini kakak aku menyambut hari lahir beliau yang ke 41 tahun pada 20 september 2009 bersamaaan dgn 1 syawal 1430H...Satu tarikh yang sgt istimewa pada tahun ini...semoga ALLAH memberkati kakak aku yang aku sgt syg ini...semoga beliau dirahmati,disayangi, berbahagia bersama keluarga tercinta.amin... 2009.2009

Saturday, September 26, 2009

AFTER 7 YEARS.....

after 7 years aku bertemu semula dgn kwn2 mse skol dulu...so sweet memories syawal 1430H...ni pic yang smpat aku snap:)







azah n me




















me.lela(adik azman n husband dier)



















nadia,waida,me,qaisara,shafarah n zainariah













zainariah, farrah n me












azman n me









zainariah n azman

SALAM AIDILFITRI 1430H = 20 SEPTEMBER 2009



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI LAHIR 4 MY SIS YATIE:)
alhamdilillah setelah sebulan berpuasa kita semua meraikannya....hari ni setelah seminggu bercraya n bercuti d kampung halam tercinta aku pulang ke kulim coz sok da start mengajar...rasa sayu pula tinggalkan mak,ayah n abg tadi...inilah gambar2 keluarga besar aku sepanjang syawal 1430H...


aku bersyukur kerana ALLAH kurniakan aku keluarga yang menyayangi aku...ini syawal pertama kami sekeluarga tanpa arwah abg long aku yang telah pergi meninggalkan kami semua pada 1.12.2008 yang lepas..al fatihah...semoga abg ditempatkan bersama org2 yang beramal soleh.amin....

Thursday, September 17, 2009

PENGUBAT HATI......


sumtimes Allah breaks our spirit 2 save our soul

He breaks our heart 2 makes us whole

He sends us pain so we can be stronger

He sends us failure so we can b humble

He sends us illness so we can take care of ourselves

sometimes ALLAH takes everything away from us so

we can learn d value of everything He gave

ALLAH is almighty great!

Wednesday, September 16, 2009

TANYALAH PADA HATI KITA....


Saya suka tengok jari awek saya...Cantik betul... Sungguh!Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each otherDi satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...Saya suka tengok rambut awek saya...Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....Tapi takut nanti terbakar dek api nerakaDi suatu hari yang giler foreverSaya suka tengok body awek saya...Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan dia telekongSupaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang UtamaDia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...Saya sedih tengok awek saya.Tak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,Ada problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...Semoga lebih cintakan Nya dari saya...Saya sedih tengok awek sayaSelalu pesan macam-macam kat saya..."Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gituDie tak kata satu aper pun...Berdosanye saya..Kesimpulannya saya memang sayang dia...Nak jumper die giler forever...Yang forever punye forever...Di dunia dan akhirat terutamanya,Janji nak share heaven sama-sama...Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati,Dosa sendiri pun infiniti...Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri...Ya Allah ampunkanlah kami....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...P/S - andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Then kalau anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...Semoga saya pun ambik iktibar gak...Wassalam

MALAM KE 27.....

alhamdulillah dah nak msk 27 hari kita semua umat islam mengerjakan ibadah puasa....ini bermakna kita telah berada di penghujung ramadhan bulan yang penuh keberkatan...tadi masa di masjid,after terawih ada tazkirah macam biasa....kata ustaz di akhir ramadhan ini kita perlu perbanyakkan solat malam @ qiamullai...lgpun bulan ramadhan semua syaitan takda...time tu aku rasa sgt sayu....aku takut aku tak dapat lagi mengerjakannya tahun depan....ustaz kata lagi.....malam lailatul qadar selalunya mlm ganjil....jadi perbanyakkan ibadah mlm2 terakhir ini....
aku rasa sgt bertuah kerana masih berpeluang mengerjakan ibadah puasa dan terawih...entah aku akan temui lg bulan yang penuh berkat ini.....ya allah,ampunilah semua dosa yang penah aku lakukan secara sengaja atau tidak,limpahkan rahmat dan kasih sayangMu pada aku dan keluargaku..andai ini ramadhan terakhir bgku...kurniakanlah rahmatMu padaku...sesungguhnya aku insan yang sgt lemah....hanya padaMu aku berserah....amin ya robballalamin.

Monday, September 14, 2009

10 RAMADHAN TERAKHIR.....


ANDAI INI KALI TERAKHIR AKU SUJUD PADAMU.....
AMPUNKANLAH AKU YA ALLAH.....
Alhamdulillah hari ni da 24 hari umat islam menjalani ibadah puasa....semoga kita semua dirahmatiNya...td masa aku melangkah msuk ke masjid,...hati aku dipanjat rasa pilu...bila hati berbicara..adakah aku akan berjumpa lg dgn ramadhan bulan yang berkat ini tahun hadapan?
adakah ini kali terakhir utk aku melangkah ke masjid?adakah ini kali terakhir utk aku mengerjakan terawih?semua pertanyaan2 itu bermain d fikiran aku...ya ALLAH...iman aku tak setebal mana...ibadah aku msh belum sempurna...aku mohon keampunan dariMU ya ALLAH...
Andai ini ramadhan terakhir...akhirkanlah aku dlm imanMU YA ALLAH....

Saturday, September 12, 2009

KENAPA ENGKAU MALAS SEMBAHYANG......


Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...Kenapa la engkau malas sembahyang,

Main bola engkau sanggup sampai petang,Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,

Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,

Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...Apasal la engkau malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la engkau bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!


DITULIS SEMULA

OLEH:


NUR

Friday, September 11, 2009

JASAMU GURU :)















GURU


kau penyinar bagi yang buta


pelita bagi yang gelap


pemandu jalan yang penuh berliku


engkaulah guru kami




GURU


kau umpama bintang


sentiasa berkelipan


menyinari kegelapan




GURU


kau mendidik kami penuh ketabahan


keikhlasan dalam kerelaan


meskipun kekadang hatimu terguris


tapi kau tidak pernah melepaskan keluhan




GURU


jasamu tetap mengharum


dalam hidup kami


tapi bagaimana akan kami balas


jasa dan pengorbananmu


hanya ALLAH saja yang layak membalasnya...




BILA HATI BERBICARA....

BILA HATI BERBICARA,
TERASA HATI INI DEKAT DENGAN-MU
HAYA PADA-MU TEMPAT KU MENGADU
SEGALA KISAH SUKA DAN DUKAKU...
BILA HATI BERBICARA
TERASA BETAPA KURANGNYA DIRIKU INI
MASIH LAGI ALPA DAN LEKA
DALAM ALUNAN MIMPI-MIMPI INDAH...
BILA HATI BERBICARA
BETAPA AGUNGNYA YA ALLAH
BETAPA KERDILNYA AKU
UNTUK MEREDAH TITIAN MU KELAK...
BILA HATI BERBICARA
TERASA SYAHDU MENERKAM JIWA
ADAKAH AKU BERDIRI DI LANDASAN IMAN YANG BETUL?
ATAU AKU SUDAH TERSASAR JAUH...
BILA HATI BERBICARA
MAMPUKAH AKU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU YA ALLAH?
DI SAAT-SAAT MENITI PERJALANAN PENUH BERLIKU
YANG PASTI PERJUANGAN KU BELUM BERAKHIR
BILA HATI BERBICARA
ADAKAH INI PERJALANAN TERAKHIR?
MENUNGGU DETIK-DETIK AKHIR KEHIDUPANKU
YANG AKHIRNYA AKAN KEMBALI PADAMU YA ALLAH...
BILA HATI BERBICARA
BILA KETAQWAAN MENYELAMI DIRI
BILA KEINSAFAN MERESAPI DIRI
ITULAH BAHAGIA YANG ABADI
BILA HATI BERBICARA
AKU SUJUD MENGHADAP-MU YA ALLAH
AMPUNKANLAH DOSAKU
BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG KAU REDHAI
SIRAMILAH AKU DENGAN KASIH SAYANG-MU
AMIN YARABBAL'ALAMIN...

TIME IS LIFE....

Islamic Calendar

My photo
simple...creative...hepy... smile...loving...

Penulis blog

deco house,nyanyi,snap photo,surfing, drawing cartoon, menulis cerita@sajak,travel,borak2 kenangan lama2 n 1 more thing i like pink color very much....hey it's me! =)



NUR FADHIYATUL FARIZA
NNaif
UUntung
RRamah
FFleksibel
AAmanah
DDinamik
HHarum
IIkhlas
YYakin
AAlim
TTulus
UUlung
LLemah-lembut
FFleksibel
AAbadi
RRealistik
IIdealistik
ZZingy
AAsli
Apa ada pada nama?


Followers

Chatbox



click to create your own